Selasa, 18 Ogos 2009

Biodata BP

NOTA PENTING

BIODATA BP
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olave Baden Powell
(Pengasas Pergerakan Pandu Puteri)
Tarikh BP Meninggal Dunia : 8 Januari 1941
Tapak Pengkebumian : Nairobi, Kenya

Maklumat berkaitan Pengakap

Buku pertama BP : Aids to Scouting (1906)
Perkhemahan Pengakap Pertama : Pulau Brownsea England (1907)
Kumpulan budak Pengakap Pertama : 12 orang
Buku Pengakap pertama : Scouting for Boys (1908)
Kem Utama Pengakap Dunia : Gilwell Park, England
Jambori Pengakap Sedunia Pertama : Olympia, England (1920)


SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP SEDUNIA

Susulan penerbitan buku ‘Scouting for Boys’ pada tahun 1908, maka wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.

Jambori Pengakap Sedunia yang pertama telah diadakan pada 30 Julai hingga 8 Ogos 1920 bertempat di Kensington Olympia, London. Seramai 8000 ahli Pengakap dari 34 negara telah menghadiri Jambori tersebut yang telah diadakan di sebuah bangunan berbumbung kaca di kawasan seluas 6 ekar (24,000 m2).

Pada jambori inilah BP selaku pengasas pergerakan Pengakap mula dikenali dengan gelaran KETUA PENGAKAP SEDUNIA.


Jambori Pengakap Sedunia merupakan acara terulung Pergerakan Pengakap Sedunia dan diadakan 5 tahun sekali. Lazimnya, Jambori Pengakap Sedunia akan dihadiri oleh puluhan ribu ahli Pengakap dari seluruh dunia dan kali terakhir ianya diadakan adalah pada tahun 2007 bertempat di United Kingdom.








Logo sambutan ulangtahun ke-100 Pengakap Sedunia

Tahun 2007 juga merupakan satu tahun bersejarah bagi ahli Pengakap seluruh dunia kerana ia merupakan ulangtahun ke-100 Pergerakan Pengakap Sedunia.


Pada hari ini, Pengakap dianggotai oleh lebih daripada 28 juta orang ahli merangkumi 217 buah negara di seluruh dunia.

Pentadbiran Pengakap Sedunia diuruskan tiga badan utama iaitu :

1. PERTUBUHAN PERGERAKAN PENGAKAP SEDUNIA
World Organisation of the Scout Movement (WOSM)

- Menguruskan hal ehwal pembentukan polisi umum dan latihan kepengakapan di seluruh dunia.

2. BIRO PENGAKAP DUNIA
World Scout Bureau

- Mengatur pentadbiran dan pengurusan program-program Pengakap di peringkat dunia.

3. YAYASAN PENGAKAP SEDUNIA
World Scout Foundation

- Menguruskan dana dan hal ehwal kewangan Pengakap Sedunia.
Sebahagian besar dana yang dilaburkan adalah sumbangan dari King Gustav,
Raja sweden.
Logo Korporat Pengakap Sedunia
Bangunan Ibupejabat WOSM yang terletak di Geneva












Pengakap sedunia dibahagikan kepada 6 wilayah
yang merangkumi :

Interamerica
Arab
Afrika
Eropah
Eurasia
Lencana Pengakap SeduniaAsia Pasifik


Pengakap Malaysia terletak di bawah wilayah asia Pasifik yang berpusat di Makati City, Filipina.

Logo Wilayah Asia Pasifik SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA


Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1908 dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.
Frank Cooper Sands
Bapa Pengakap MalayaPada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.
Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.
Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1913. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia),
Pada tahun 1964, Persekutuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu, pertubuhan Budak-budak Pengakap Borneo Utara, Pertubuhan Budak-budak Pengakap Sarawak dan Pertubuhan Budak-budak Pengakap Singapura telah menghadiri satu rundingan meja bulat dan bersetuju untuk bergabung dan membentuk PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA. Namun, apabila Singapura memisahkan diri daripada gagasan penubuhan Malaysia begitu juga dengan Pergerakan Pengakapnya.
Persekutuan Pengakap Malaysia didaftarkan di bawah Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 dan Act 409 Scouts Association of Malaysia [Corporation].
Hingga ke hari ini, hasil rundingan meja bulat tersebut di atas telah membolehkan Pergerakan Pengakap ini berjalan dengan aktif di seluruh negara dengan Sabah dan Sarawak diiktiraf sebagai “cawangan” Persekutuan Pengakap Malaysia dan mempunyai kuasa autonomi tertentu untuk mentadbir Pengakap di negeri masing-masing berdasarkan Undang-undang Tubuh (By-laws) pertubuhan di negeri..
Itulah sebabnya Pentadbiran Pengakap di Sabah dikenali sebagai PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH (PPM Cawangan Sabah) dan mempunyai KETUA PENGAKAP NEGERI dan KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI tidak seperti negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap :
1913 - Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan.
1915 - Penang, oleh H.R. Cheeseman dari Penang Free School
1915 - Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Kuching (aktif selepas tahun 1930).
1922 - Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker and C.W. Bloomfield.
1926 - Perak, oleh I.R. Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
1926 - Melaka, oleh R. Brunstone in Malacca.
1926 - Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith.
1926 - Selangor, oleh Ameen Akbar.
1927 - Terengganu, oleh A.J. Gracle.
1927 - Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong.
1928 - Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar).
1931 - Perlis, oleh Bird dan Roger Smith.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan