FALSAFAH PENGAKAP
Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepimpinan yang berasaskan Prinsip, Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha dan amalan sedemikian adalah untuk memperkukuhkan disiplin dan akhlak diri, membentuk sifat bersopan santun, berbudi bahasa serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat untuk menuju ke matlamat akhir pergerakan supaya menjadi warga yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara.
MATLAMAT PENGAKAP
Pergerakan Pengakap merupakan satu aktiviti di luar sekolah. Matlamatnya adalah untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi;
i. Fizikal
ii. Intelek
iii. Sosial
iv. Rohani
serta bertanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa.
PRINSIP-PRINSIP PENGAKAPAN1. Menghayati ketaatsetiaan kepada Tuhan2. Bertimbang rasa terhadap penganiayaan hak asasi manusia serta mengelakkan diri
daripada sifat-sifat kekejaman3. Berkeyakinan dengan menggunakan kebolehannya untuk diri sendiri keluarga dan
masyarakat di sekelilingnya.4. Melatih mereka supaya bersifat mengenal, patuh dan berdikikari.
SEJARAH KEPENGAKAPAN
RIWAYAT HIDUP BP (PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA)
Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang Professor di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth.
Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.
Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).
Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British yang terletak 857 batu daripada Capetown, Afrika Selatan, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.
Bandar Mafeking pada tahun 1899 Bandar mafeking pada hari ini
Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.
Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 12 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting".
Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.
Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak.
NOTA PENTING
BIODATA BP
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olave Baden Powell
(Pengasas Pergerakan Pandu Puteri)
Tarikh BP Meninggal Dunia : 8 Januari 1941
Tapak Pengkebumian : Nairobi, Kenya
Maklumat berkaitan Pengakap
Buku pertama BP : Aids to Scouting (1906)
Perkhemahan Pengakap Pertama : Pulau Brownsea England (1907)
Kumpulan budak Pengakap Pertama : 12 orang
Buku Pengakap pertama : Scouting for Boys (1908)
Kem Utama Pengakap Dunia : Gilwell Park, England
Jambori Pengakap Sedunia Pertama : Olympia, England (1920)
SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP SEDUNIA
Susulan penerbitan buku ‘Scouting for Boys’ pada tahun 1908, maka wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.
Jambori Pengakap Sedunia yang pertama telah diadakan pada 30 Julai hingga 8 Ogos 1920 bertempat di Kensington Olympia, London. Seramai 8000 ahli Pengakap dari 34 negara telah menghadiri Jambori tersebut yang telah diadakan di sebuah bangunan berbumbung kaca di kawasan seluas 6 ekar (24,000 m2).
Pada jambori inilah BP selaku pengasas pergerakan Pengakap mula dikenali dengan gelaran KETUA PENGAKAP SEDUNIA.
Jambori Pengakap Sedunia merupakan acara terulung Pergerakan Pengakap Sedunia dan diadakan 5 tahun sekali. Lazimnya, Jambori Pengakap Sedunia akan dihadiri oleh puluhan ribu ahli Pengakap dari seluruh dunia dan kali terakhir ianya diadakan adalah pada tahun 2007 bertempat di United Kingdom.
Logo sambutan ulangtahun ke-100 Pengakap Sedunia
Tahun 2007 juga merupakan satu tahun bersejarah bagi ahli Pengakap seluruh dunia kerana ia merupakan ulangtahun ke-100 Pergerakan Pengakap Sedunia.
Pada hari ini, Pengakap dianggotai oleh lebih daripada 28 juta orang ahli merangkumi 217 buah negara di seluruh dunia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan